Semua orang dalam gambar ini adalah kawan kita.
Mereka adalah anak muda. Anak muda adalah kawan kita.
Dalam gambar ini semua anak muda adalah anak protestor yang berani meluahkan pendapat mereka. Mereka adalah kawan-kawan kita. Mereka tidak bodoh. Sesiapa yang mengatakan kawan-kawan kita bodoh tidak memahami sistem negarra kita. Kawan-kawan kita dalam gambar dididik untuk percaya Ketuanan Melayu. Mereka benar-benar percaya bahawa betapa pentingnya UiTM hanya untuk Melayu. Mereka benar-benar percaya Ketuanan Melayu. Bangsa Melayu itu adalah perjuangan mereka. Mereka percaya maka mereka protest.
Petang kelmarin ada sebuah 'tweet' oleh seorang kawan dari MCA yang berbunyi : " Anti-rasis adalah global. Anti-rasis adalah penting dan kita perlu menentang manusia yang rasis". Tatkala apabila orang buat kenyataan kita perlu melihat identiti orang yang buat kenyataan itu. Apabila seorang sami atau ustaz mengajar manusia menjadi baik maka ia OK. Apabila seorang pembunuh mengajar manusia menjadi baik maka ia sangat mengelirukan. Kawan dari MCA itu adalah mengelirukan kerana partinya adalah parti perkauman. Parti yang sekomponen dengannya adalah UMNO dan UMNO adalah parti perkauman. Barisan Nasional adalah komponen parti-parti perkauman. Itu adalah rahsia yang diketahui oleh masyarakat umum. Apabila Barisan Nasional mengatakan "Say No to Racism" maka masyarakat kita menjadi amat keliru. Penguasa suka mengelirukan rakyat. Apabila rakyat keliru maka penguasa senang berkuasa dan akan berkuasa dan terus berkuasa dan terus terus berkuasa dan terus terus terus berkuasa. Masyarakat kita adalah keliru, dan adalah perlu masyarakat keluarkan mereka diri sendiri daripada keliru. Dalam perkara ini, tiada penguasa akan membantu.
Jangan salah-kan kawan-kawan kita dalam gambar. Kawan-kawan kita dalam gambar bukan 'bodoh'. Jangan sekali-kali gelar orang lain 'bodoh'. Di dunia ini tiada orang pandai dan tiada orang bodoh. Kawan-kawan kita dalam gambar dibesarkan dengan zaman 80 - 90-an. Itu adalah zaman Mahathir. Itu adalah zaman ketuanan Melayu.
Apa itu Ketuanan Melayu? Ketuanan Melayu adalah gaya, mutu, keunggulan.
Jangan fikir hanya ada Ketuanan Melayu. Ada juga Ketuann Cina. Ketuanan Cina adalah sedap hingga menjilat jari.
Melayu adalah kaum. Melayu tidak benarkan bukan Melayu masuk UiTM. Cina juga adalah kaum. Cina tidak benrkan Melayu ambil pot dalam Persatuan Pedagang Cina. India juga adalah kaum. Walaupun ada India yang menyamar Melayu masuk ke parti UMNO dan menjadi Perdana Menteri, India adalah kaum.
Walaupun Martin Luther King 'have a dream' pada 1963, seorang askar Amerika kaum Cina telah dibunuh pada 2011. Satu Amerika masih 'have a nightmare'. Perjuangan anti-rasis adalah perjuangan yang terus menerus dan terus menerus dan terus menerus.
Anak Malaysia kalau fikirkan masa depan anak-anak dan cucu, sila buangkan kaum. Anak Malaysia adalah anak Malaysia yang tidak ada kaum. Anak Malaysia akan sakit hati tidak kira Teoh Beng Hock, Aminulrasyid atau Kugan dianiayai. Anak Malaysia akan turun berdemo demi kebenaran. Anak Malaysia tidak kisah kaum kamu apa. Anak Malaysia saling tolong-menolong. Anak Malaysia masih 'have a dream'.
Dalam masa 10 tahun yang akan datang, kawan-kawan kita dalam gambar akan memimpin. Kawan-kawan kita akan menentukan nasib negara. Kawan-kawan kita akan menentukan masa depan anak-anak kita. Ada juga kemungkinan pada masa 10 tahun dunia akan memasuki era tanpa-pemimpin. Tapi berwaspada, kerana anak muda ini bakal memimpin negara. Dan apabila mereka menjadi penguasa, mereka akan sedar bahawa dahulu mereka telah diperalatkan oleh ex-penguasa untuk mengelirukan masyarakat. Dan mereka akan terus mengelirukan, terus menerus.
Kawan-kawan kita tidak salah. Yang salah itu sistem. Yang salah itu orang tua yang telah. Yang salah itu UMNO yang menolak cadangan Dato Onn. Yang salah itu MCA yang nenek moyang Tan Cheng Lock lari daripada PUTERA-AMCJA. Yang salah itu MIC yang tumpang dalam Perikatan. Yang salah itu juga adalah UMNO-MCA-MIC dalam PKR. Yang salah itu MCA dalam DAP. Yang salah itu UMNO dalam PAS. Yang salah itu adalah dinding-dinding yang didirikan untuk memecahkan, dan terus memecahkan kita.
Yang salah itu adalah orang tua, jangan salahkan anak muda. Anak muda adalah kawan-kawan kita. Mari kita keluar dari keliru. Jangan kita kelirukan masa depan. Jangan kita jadi orang tua yang akan disalahkan oleh anak muda masa depan.